wallpaper

20131110

Pelaris!

........bila membaca dalam akhbar tentang restoran yang menjadi tumpuan orang ramai, MET teringat satu cerita yang diceritakan oleh teman MET 10th. yang lalu.
Teman MET ni memang selalu makan diluar, biasalah orang bujang. Kedai yang biasa dia makan tu memang ramai orang. Nak dijadikan cerita, suatu hari kedai makan tersebut terbakar. Ramailah pelanggan yang datang tak dapat makan lagi disitu, yang peliknya ramai yang termenung dan kecewa, yang mengangis di situ pun ada. Melihat perkara yang pelik berlaku, ada pihak yang buat siasatan. Rupa-rupanya pemilik kedai tersebut menambahkan daun ganja dalam masakan yang mereka jual.

mmmm....itu 10th. lepas, 1th.lepas punya
cerita lain pula. Ada seorang ustaz telah dibawa untuk singgah di sebuah Restoren. Restoren itu agak terkenal dan didalamnya ramai pelanggan sedang makan. Bila ustaz itu mula menjejakkan kakinya kedalam restoren itu, dia terhenti dan keluar semula dari restoren tersebut.

Teman : Kenapa ustaz?

Ustaz    : Kita cari restoren lainlah.

Didalam perjalanan ke tempat restoren lain, setelah diasak disegenap penjuru, barulah ustaz itu bercerita,
Ustaz    : Didalam restoren tu tadi saya lihat banyak monyet yang dok kirai makanan atas meja. Dia bertenggek atas kepala pun ada.

Rupa-rupanya pemilik restoren itu menggunakan perkara yang dilarang dalam Islam sebagai pelaris. Ada yang menggunakan sisik ular dan bahan-bahan yang kotor yang dijampi sebagai pelaris jualan mereka. Walau zaman semakin moden, pemikiran manusia tak lepas dari sifat tamak dan haloba. Syaitan sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan manusia.

 Perkara sebegini bukan sahaja berlaku pada masyarakat melayu, masyarakat cina pun ada juga.

 Pernah dahulu teman MET yang berbangsa Cina bercerita, dia pergi ke suatu tempat. Ada satu restoren (A) tu ramai sangat orang sehingga beratur panjang diluar restoren. Makanan yang disajikan hanyalah 'yong taufu aje'. Padahal, ada satu lagi, restoren (B) disebelah restoren (A) itu pun menjual makanan yang sama, tetapi pelanggannya 2,3 orang sahaja. Teman MET pun beraturlah dan makan direstoren(A) tersebut. Menurut teman MET 'yong tau fu' yang dijual direstoren (A) taklah sesedap mana. Itu kata teman MET. MET tak rasa sebab tu MET tak berani komen.

Apa pun, ada juga para pengusaha restoren dan kedai makan yang benar-benar menyajikan makanan yang sedap dan menepati citarasa pelanggan. Semuanya terpulang pada individu. Jika berniaga, jadilah peniaga yang jujur dan berhemah! Jadi pelanggan, bayarlah jangan berhutang.....:cool:

Disini MET nak kongsikan satu tip jika awak makan diluar, tip ini boleh digunakan kerana diberikan oleh seorang imam yang mengamalkan ilmu perubatan Islam.

1) Bacalah surah Quraish sewaktu masuk kedalam kedai makan.














2) Kemudian, baca surah al-Fil sewaktu hendak makan atau ketika mengacau minuman
















Kedua-dua tip ini pernah digunakan oleh anak saudara MET. Sewaktu dia sedang mengacau air tersebut sambil membaca surah al Fil ini, tiba-tiba cawan dia pecah. 'pop'!

Bacalah dengan ikhlas dan penuh yakin pada Allah. Insyaallah Allah akan membantu hambanya.

Dalam kes anak saudara MET itu tadi, mungkin bukannya tuan kedai tu yang punya angkara, mungkin juga ada pelanggan yang nakal yang nak menggunakan atau mencuba ilmu mereka.

Zaman sekarang ni ramai pembantu kedai atau pembantu rumah atau yang jadi tukang pembancuh air dipejabat terdiri dari wanita warga asing. Selalu juga kita dengar dan baca, ada para suami yang terpikat dengan pelayan kedai makan, tukang cuci dipejabat, dan sebagainya. Dan bila dilihat, mereka ini tidaklah secantik mana.

Pernah juga ada seorang tua pernah berkata pada MET. "Mereka ini jika tak ada ilmu didada, mereka tak akan menyeberangi laut untuk sampai kesini". Kata-kata itu MET akui dan ada benarnya bila perkara ini terjadi pada seorang teman MET. Tak mahu MET mengulas cerita ini dengan lebih lanjut. Sesiapapun yang buat tiap sesuatu perkara tak kira baik mahupun jahat, pasti akan dapat balasannya.

"Kau buat, kau dapat"!

Yang penting kita tak buat perkara yang terlarang, dan kita sentiasa berhati-hati dan berdoa semuga Allah memelihara kita serta ahli keluarga kita dari perkara-perkara yang mengarut ini.

 Awak? ada apa-apa nak tambah!

3 comments:

  1. sebab itu tak suka makan di kedai/restoren di luar.. lebih elok masak sendiri.. kepada pengamal ilmu pelaris tu, segeralah bertaubat..

    ReplyDelete
  2. tamak tu punca hati tak tenang...sbb tak pernah nak bersyukur dgn nikmat Allah...subhanALLAH

    ReplyDelete
  3. biasaah manusia yang tak beriman. Makan di rumah adalah sebaik-baiknya. terima kasih Mizz Aiza dan Sally

    ReplyDelete