
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.

Bila masa beli buku, mak bapak pun terpaksa beratur untuk beli buku. Kalau anak-anak itu bersekolah rendah, tak apalah juga. Ini anak yang bersekolah menengah. Kalau tahun sebelum ni ibubapa perlu membayar yuran sekolah, mak bapak terpaksa ke sekolah untuk membayar yuran sekolah pada hari pertama persekolahan. Kalau untuk murid sekolah rendah, tak apalah juga....ni anak yang bersekolah menengah.
Tak tahu macam mana pula di Universiti, adakah mak bapak atau mereka sendiri yang mendaftar pada hari pendaftaran. MET tak masuk Universiti, jadi MET tak tahu. Ada sesiapa yang boleh kongsi cerita????
Manjanya anak-anak di zaman sekarang. Kalau dahulu, mak bapak datang ke sekolah pada hari pertama persekolahan untuk tahun satu atau tingkatan satu, maka tahun-tahun berikutnya, pandai-pandailah anak itu sendiri membawa wang yuran sekolah untuk di bayar kepada guru kelas. Itu yang MET alami pada zaman dahulu malahan ada yuran sekolah yang terpaksa berhutang dan membayarnya secara ansuran, macam bayar ceti pula.
Zaman dahulu semua orang susah. Anak-anak dibawa bersama menanggung kesusahan dalam hidup sekeluarga. Itu yang menyebabkan anak-anak zaman dahulu lebih berdikari dan berani, walaupun tidak pandai dan berpelajaran tinggi.
Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang yang dilambakkan dengan kesenangan dan segala kemudahan. Apa-apa pun selamat bersekolah semula buat anak-anakku, juga anak-anakmu.........
Awak! Ada apa-apa nak tambah?