Sinopsis
‘Selagi akal fikiranku masih waras, selagi itu aku akan tetap mencintaimu….’
Durrah, seorang anak yatim yang kematian ayahnya sewaktu dia dan adik-adiknya masih kecil. Kesusahan hidup menyebabkan dia menjadi gadis yang biasa dan sederhana. Jatuh cinta dengan teman sepengajian, memberikan sinar bahagia buat dirinya. Namun janji yang diikat dengan kata manis, terlerai sebelum sampai ke muara impian.
Sesekali, rasa rindu pada kasih yang lama muncul jua......."Kenapa abang Alan tinggalkan Arrah? abang dah tak waras ke??????????
Tiada dendam, hanya bertahun mengusung duka. Hadirnya Amar yang ingin merawatnya, namun ditolak dengan berhemah dengan alasan dia tidak mahu menghancurkan hati perempuan lain. Atas kasihan melihat si ibu yang terlebih risau dia tidak bersuami, diterima jua lamaran si duda, anak bekas guru sekolahnya yang bernama Johan.
Perkahwinan tanpa cinta diantara mereka. Keterpaksaan menerima semula bekas isteri Johan untk menyelamatkan syarikat suaminya. Salah sangka diantara mereka. Ketidakadilan Johan pada dirinya, madunya dengan hasad yang menggila, cemburu yang berantai.......
Segalanya menyenak di jiwa. Dengan sikap Durrah yang tak pandai meluahkan segala yang terbuku di hati, semuanya di tanggung sendiri. Hanya memendam luka di hati, bahagia yang diharap, entah dimana.
Keadaan semakin parah bila Amar muncul kembali. Siapa Juwita? siapa Juddin?Hati yang luka semakin parah. Mampukah Arrah hidup hanya memendam sebuah duka?????
Bab 1
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Laluku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita ……
Durrah hanyut dalam dunia hayalan ciptaannya. Betapa cinta boleh menerangi alam semesta dan betapa cinta juga boleh menjadikan dunianya menjadi gelita walaupun disiinari lampu neon di waktu malam dan sang mentari diwaktu siang. Betapa hebatnya panahan cinta yang ditinggalkan padanya, Luka masih lagi berdarah dan bernanah walaupun telah berlalu tetapi lukanya tidak pernah sembuh.Ubat apa yang paling mujarab ? Durrah masih lagi tercari-cari di manaakah boleh di perolehi plaster bagi menampal robekkan hatinya.
Di farmasikah ? ,di kedai runcit kah ? ,di kedai Sin She kah ?, di tesco kah ? atau
di hospital kah ? Aaaaaa…….hhhhhhh
‘Dumm!!! “Astagfirullahhalazim…” .Durra mengurut dada sambil beristigafar .Hilang segala Khayalannya. Dia menjeling bosnya yang duduk di meja mencari sesuatu. Serta- merta tangan Durrah terhenti dari menekan di papan kekunci komputer.
‘Pagi-pagi lagi dah berangin’ omel Durrah didalam hati.’
‘Hai nasib badan, dapat bos yang berangin, harap-harap nanti janganlah dapat suami yang
kepala angin. Lama-lama aku yang masuk angin.’ Omelnya lagi.
Menyedari mungkin En.Jehan ingin bersendirian di biliknya, dengan perlahan Durrah
bangun menuju ke pintu dan ingin keluar dan menangguhkan kerja-kerjanya. Sememangnya kerja –kerja ‘confidential’, Durrah terpaksa menggunakan komputer bosnya didalam bilik itu
“Shidey excident lewat petang semalam.” Kata En.Jehan. Serta- merta Durrah terhenti di muka pintu, ia memusingkan badannya mengadap En.Jehan.
“Shidey Line I”.Jawab En.Jehan. Durrah hanya melopong sambil membayangkan wajah
Rashidy.
“Supervisor Line I ?” Soal Durrah lagi.
“Yup!” Jawab En.Jehan Seingat Durrah, baru beberapa hari lepas Rashidy telah datang berjumpa dengannya
menghantar borang overtime (OT). Sempatlah juga Durrah mengusiknya kerana tak beberapa lama lagi dia akan jadi pengantin. Kiranya dia dalam berdarah manis, kata orang-orang tua. Durrah tersenyum pahit. Rashidy memang seorang supervisor yang baik dan rajin bekerja. OTnya sahaja melebihi gaji pokoknya. Mungkin dia tidak cukup rehat dan keletihan.
“Tiga jarinya putus”. Dengan selamba sahaja En.Jehan beritahu.
“Ha…….?” Durrah terperanjat